Thursday 5 July 2012

Sebuah rumah tradisional di tengah bandar KL

Percaya atau tidak, ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni ada juga perkampungan melayu bercirikan tradisonal, iaitu dikenali Kampung Baru, Kuala Lumpur,

Siapa yang duduk disini atau orang asal penduduk disini mesti dapat menyaksikan perkembangan dan pembangunan kawasan Kuala Lumpur ini dari mula dibangunkan sehingga menjadi Kota Mertopolitan..
Baguslah, masih ada tinggalan warisan seperti rumah tradisional.

Kita tak dapat nak singgah lama kat sini, ni pun kebetulan lalu dikawasan Kampung Baru ni.....

Nostalgia sewaktu kanak-kanak dulu....

Anda pernah tak masa kecik-kecik dulu time sekolah main pemadam ni,...
Teringat dulu masa sekolah rendah, main benda ni... beli pemadam siapa yang kena tindih dia la yang kalah dan pemadam tu dah jadi hak milik yang menindih tu... Baru beli kat kedai 2 biji, lesap tak sampai 2 minit, kalah... teruk betul masa tu, Kemaruk pemadam.

Teringat kawan saya masa tu, dia sanggup membeli 1 kotak pemadam baru....semata-mata nak menang besar katanya.. aduhai membazir betul masa tu, tapi time tu takde sapa yang berani menegur,entahlah..

Ada juga kawan saya sampai 1 plastik penuh dengan pemadam, gila la. Dia memang terer main ni, ni kalau saya nak main dengan dia pastikan pemadam terpakai punya tak berani nak pakai yang baru, sayang terkorban, he...he...



Anda pernah merasa choki-choki ni masa kecik2 dulu? Nostalgia jajan ni sampai sekarang pun masih jual lagi, dan sekarang ni saya tengok ada perasa tambahan bukan coklat sahaja susu pun ada...
Sekarang ni 1 pek ada 5 choki2, RM 2.00 ok la tu kan....

Tapi silapnya cop halal nya bukan dari JAKIM, x pe la, janji yakin makanan halal, insaAllah, halal..

Nostalgia Handset Jenama NOKIA....


Ini adalah koleksi handset keluaran NOKIA, jenama-jenama yang dibawah ini memang cukup popular masa dulu. Seingat saya yang paling popular adalah NOKIA 3310, ada yang mengelarkannya " tiga tiga sepuluh" ha..ha...., Dari akak saya, semua adik beradik pernah pakai handset ini...

Ok baiklah, saya cerita pengalaman saya menggunakan handset ni, mula-mula saya dapat menggunakan handset masa saya form 6, bayangkan dalam tahun 2004 baru nak guna handset, nampaknya saya ketinggalan zaman. Ni sebabnya bukan apa, dulu duduk dikampung sampai tingkatan 5, lepas tu sambung tingkatan 6 di Shah Alam. Disebabkan saya sekolah kat bandar memang "culture shock" kejutan budaya disana. Mamber masing menunjukkan handset canggih2 beliau. Dari sejak itu, saya mula la bertanya macam mana gunanya handset ni kan.......

Berbekalkan duit yang ada, berjaya juga membeli handset second hand jenama Sony Ericcson. itupun jenis lama punya, jadilah teringat sangat nak beli, selain nak beli sim card line DiGi masa tu, memang mahal, terpaksa ikat perut. Apa taknya masa tu topup paling minimum RM 30 tau, belum ada RM 10 @ RM5.

Bila dah beli, 1 hari menyorok takut orang marah saya beli handset, yelah takut dikatakan membazir atau tak berfaedah. Akhirnya terbongkar juga, tapi diorang tak marah cuma nasihat, pandai pakai pandailah jaga sendiri....

Selepas itu, upgrade skit selepas dah bekerja beli la handset NOKIA 3310 tu, memang cukup popular, sampai ringtones boleh dibuat sendiri berdasarkan not lagu, dalam buku pun ada jual. Seronok bila diingat kembali... Selepas itu nak guna NOKIA 3660, tapi tak lama sebab orang yang jual kat saya nak balik.

Tak lama lepas itu teringin nak guna NOKIA 6600 atau dikenali NOKIA SABUN, ha..ha..pelik2.
Ini pun nak dapat handset ini punya la mahal sampai RM 800, tak mampu beli second hand dulu, tapi tak lama 8 bulan pakai jahanam pulak. Berazam nak beli original punya, nak kumpul duit, nak beli NOKIA 6600 yang baru dari kotak nya. Alhamdulilah dapat dalam harga RM 800....

Nak dijadikan cerita bila dah handset 1 nak pakai handset lagi. Ada la kawan yang terdesak nak pakai duit jual handset NOKIA 1112 tu, jual dalam RM 120, pun beli la nak tolong kawan kan.
Guna line Celcom pula..... tapi malang tak berbau. Masa tu mamber tidor diruang tamu. Saya keluar carik makan, handset ni saya tinggal kat tepi tv, lepas tu balik terus lesap semua... termasuk handset mamber. Dia pun tak sedar sape yang masuk rumah... rezeki melepas je la.....

Pasal keluarga saya pula, dulu-dulu Kak Siti dan Kak Jajah guna NOKIA 3310, Kak Long guna NOKIA 8250 atau dikenali  " BUTTERFLY" . Abang Leh guna NOKIA 7610 atau dikenali NOKIA DAUN" pelik2 orang bagi gelaran kat handset kan.. Kak Eton pula NOKIA 3300, tiada dalam gambar ni pula... 
Masing-masing guna NOKIA.... NOSTALGIA, sekarang semua dah berubah, masing-masing dah tukar handset yang lebih canggih..

TAPI SAYA SEKARANG NI macam2 dah guna handset jenama berbeza, NOKIA, Panasonic, Sony Ericsson, Samsung SGH, dan yang terkini saya guna handset canggih, touch screen lagi iaitu SAMSUNG ACE ... setakat ni tiada problem dikesan, Alhamdulilah......








Spain JUARA EURO 2012




Setelah sebulan berlangsungnya EURO 2012 sampai bersengkang mata, akhirnya tiba juga FINAL EURO 2012, pasukan favorite kita ITALI sampai juga ke pentas FINAL,

Malangnya.....ITALI KALAH la pula...... Tak pe la, ITALI cuba sekali lagi EURO akan datang




Ashraf Danish yang tembam.....:-)

Inilah Asyraf Danish yang tembam, gambar diambil pada 5 Julai 2012, 
Memang tembam dia ni, saya tahu sekarang berat dia sampai 12 kg dah...

Esok-esok sebulan akan datang, setahun akan datang jangan "gumuk" dah ler, he..he...
Nanti pakcik tak larat nak dukung...:-)