Sunday 15 April 2012

Majlis Perasmian Jabatan Kehakiman Syariah Selangor - JAKESS





Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor kerana kesudian mencemar duli Yang Dipertuan Agong Sultan Selangor berkenan merasmikan Bangunan baru JAKESS. 
Acara yang berlangsung awal jam 8 pagi disambut dengan begitu protokol di dewan utama JAKESS, Dewan Muktamar, tingkat 2, 



Kakitangan yang lengkap berpakaian Baju Melayu dan bersampin biru merupakan ahli kumpulan koir JAKESS termasuk saya sekali dipertanggungjawabkan membuat persembahan koir dengan lagu Negaraku dan Lagu Selangor.
Gambar ini merupakan keberangkatan Sultan Selangor kembali ke Istana selepas merasmikan bangunan JAKESS ini sebentar tadi.


Ini merupakan satu lakaran dan model bangunan JAKESS dari pandangan atas
Memang bangunan ini tersergam indah


Diantara pegawai dan kakitangan JAKESS yang bertungkus lumus menjayakan acara perasmian ini yang julung-julung kali diadakan dengan jayanya


Antara bukti JAKESS telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Baru yang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor


Antara plat untuk Sultan Selangor menandatangi sebagai bukti perasmian telah diadakan


Gambar ini merupakan lambang rasmi JAKESS, logo rasmi yang digunakan sehingga la sekarang


SEMOGA JAKESS LEBIH CEMERLANG DI MASA HADAPAN

No comments:

Post a Comment