Sunday 15 April 2012

Pindah Opis Mahkamah

Ini adalah gambaran ruang menunggu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya sebelum berpindah bangunan baru pada November 2011


Ruang menunggu ini memang macam ini kedudukan dan susun atur kerusi pelanggan

Beberapa kotak barangan yang telah siap dibungkus dan sedia diangkut

Ini lah barang aku yang dipertanggungjawabkan "tag" kan kotak yang mengandungi dokumen penting

Aduhai.....banyak lagi barang yang belum diangkut ni...... masa berpindah dah semakin singkat

Masih memikirkan cara terbaik susun barang, kalau boleh semua nak dibawa ke sana

Beberapa barangan yang besar mula dikumpulkan untuk dibawa menggunakan lori 5 tan

Antara perabot yang perlu digunakan di Bangunan baru nanti

Kotak berisi barangan peribadi, barangan mahkamah, serta fail-fail perundangan.

Aku punya PC yang belum di packing kan,,, aduhai...


Antara "orang kuat" proses perpindahan Mahkamah

Bergambar kenangan berlatar belakangkan bangunan lama Mahkamah

Bergambar bersama kakitangan dan bos

Majlis Perasmian Jabatan Kehakiman Syariah Selangor - JAKESS





Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor kerana kesudian mencemar duli Yang Dipertuan Agong Sultan Selangor berkenan merasmikan Bangunan baru JAKESS. 
Acara yang berlangsung awal jam 8 pagi disambut dengan begitu protokol di dewan utama JAKESS, Dewan Muktamar, tingkat 2, 



Kakitangan yang lengkap berpakaian Baju Melayu dan bersampin biru merupakan ahli kumpulan koir JAKESS termasuk saya sekali dipertanggungjawabkan membuat persembahan koir dengan lagu Negaraku dan Lagu Selangor.
Gambar ini merupakan keberangkatan Sultan Selangor kembali ke Istana selepas merasmikan bangunan JAKESS ini sebentar tadi.


Ini merupakan satu lakaran dan model bangunan JAKESS dari pandangan atas
Memang bangunan ini tersergam indah


Diantara pegawai dan kakitangan JAKESS yang bertungkus lumus menjayakan acara perasmian ini yang julung-julung kali diadakan dengan jayanya


Antara bukti JAKESS telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Baru yang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor


Antara plat untuk Sultan Selangor menandatangi sebagai bukti perasmian telah diadakan


Gambar ini merupakan lambang rasmi JAKESS, logo rasmi yang digunakan sehingga la sekarang


SEMOGA JAKESS LEBIH CEMERLANG DI MASA HADAPAN

Gelagat Afiq dan Alif & Family

Anak buah saya ini namanya Mohd Alif Ikhwan, umur baru 5 tahun.

Manakala yang ini namanya Mohd Afiq Zaqwan, berumur 3 tahun


Afiq dengan abangnya, Alif memang rapat. Adik-beradik kenalah sayang menyayangi antara  satu sama lain


Ini ayah dia, merupakan abang ipar saya juga


Manakala ini ibu mereka, merupakan akak saya yang ke-4


Comel si Aliff ni ye.... dah besar jangan lupa kat Pakcik ye....

Pada si Afiq pula, jangan suka merajuk tau, jangan suka bergaduh ngan abang Aliff tu....


Semoga Aliff Ikhwan dan Afiq Zaqwan sentiasa ceria selalu, pakcik suka kat kamu ini....rindu rasenya....


Makan Angin ke ALOR SETAR, KEDAH

SELAMAT DATANG KEDAH DARUL AMAN

Alhamdullilah, pada cuti tahun baru cina dapat juga sampai ke Alor Setar, Kedah untuk bercuti melihat keindahan alam penduduk di kawasan Mergong, Alor Setar, Kedah. Memang keadaan disini amat menyamankan. Bermula dengan membeli tiket bas naik dari Hentian Pudu Sentral pada jam 9.00 pagi. Terima kasih kepada rakan serumah yang sudi membawa saya hingga ke sini. Disebabkan hari cuti panjang, jalan menghala ke Kedah memakan masa 8 jam. Jammed yang teruk menyebabkan lewat tiba ke Kedah. Perjalanan yang cukup berharga...

Pada hari pertama, merupakan hari yang cukup nyaman. Dengan rumah berdekatan bendang sawah padi, dapat menghirup udara yang nyaman dan cukup menyenangkan.
Dapat juga melihat bagaimana padi sawah ditanam, seperti gambar gambar yang saya ambil ni. Baru 1 bulan ditanam.