Friday 29 June 2012

Sukan dwi tahunan JAKESS di Stadium MSN Panasonic, Shah Alam

Pada 16 Jun 2012 berlangsungnya acara sukan Outdoor JAKESS yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Pelbagai acara dipertandingkan, sebelum itu, 15 Jun 2012 pula berlangsungnya sukan Indoor seperti PS2 L&P, Carom, Dam Haji dan Dart. Manakala hari ini adalah seperti acara sukan Badminton, Futsal, Bola Tampar, Ping Pong.

Acara Tahunan ini memang cukup meriah, semua staff JAKESS dikatakan terlibat dalam sukan ini, 

Ini adalah gambar sebahagian game yang dipertandingkan iaitu Bola Tampar

Ini lah medal yang saya menang, NAIB JUARA PS2 berkumpulan,  JOHAN BOLA TAMPAR dan JOHAN FUTSAL

Dikatakan sukan Jakess kali ini memang cukup berjaya, semoga tahun depan sukan Jakess lebih gempak...

Perlawanan persahabatan Bowling di One Plaza Kuala Selangor...


Hujung bulan Jun lalu berlangsungnya perlawanan persahabatan Bowling antara staff MRS Petaling yang diadakan di One Plaza, Kuala Selangor.

Kita main sampai 3 frame, dari pukul 3pm sampailah pukul 5.30 petang, memang puas hati, walaupun tak jadi JUARA, tapi taklah sampai yang TERCOROT, ha..ha..

Antara mata yang dipungut pada game yang pertama

Game yang kedua

Antara pemain yang terlibat, rizal dan khai

Majlis cukur jambul Mohd Fakhrul Addin dengan Mohd Ashraf Danish


Ni adalah gambar-gambar masa majlis cukur jambul anak buah saya yang baru lahir, Mohd Ashraf Danish dan Mohd Fakhrul Addin.
Upacara majlis berlangsung di rumah mertua abang saya di Pandamaran Jaya, Klang
Alhamdulilah, majlis berjalan dengan begitu lancar sekali...
















Saya pun berkesempatan juga membuat upacara ini, ha..ha.. akhirnya...


Ban Pecah.......belakang rumah

Ini adalah permandangan bagan atau ban pecah kat belakang rumah kampung saya.....
Berdekatan dengan ILDAS, Sg. Lang.

View yang cukup cantik dan tenang..memang sesuai tempat untuk menenangkan fikiran dari keje yang melambak-lambak kat opis...


Ini adalah tukun tiruan, untuk menampung kekuatan ombak..

Pemandangan yang cukup menenangkan

Air kekadang boleh naik sampai tukun ni pun tenggelam..

Amat sesuai dijadikan laluan untuk beristirehat dan berjongging

Belakang ban ini adalah Politeknik Sabak Bernam

Milleage 1000 km....

Alhamdulilah, Saga FL aku masih berjalan dan bergerak dengan begitu baik tanpa ada masalah setakat ini, sudah sampai masanya 1000km dan bersedia untuk di servis di Pusat Servis Proton di Bukit Raja...



Nenek ku.......

 Ini gambar nenek saya yang telah terlantar hampir 4 tahun disebabkan strok yang beliau alami, nenek saya dah tidak boleh bergerak mahupun berjalan lagi, hantar terlantar di katil rehat sahaja. Nenek dijaga oleh makcik dan pakcik saya, dan juga emak saya yang datang untuk menjaganya bergilir-gilir.

Diharapkan nenek tabah menghadapi dugaan hidup, terima hakikat dalam hidup dan teruskan berjuang untuk hidup demi anak-anak, cucu-cucu semua. Semoga diharapkan suatu hari nanti, nenek akan sembuh seperti sediakala, insaAllah,
Sama-sama la kita berdoa akan kesejahteraan nenek....... Amin...