Friday 29 July 2011

Malaysia VS Chelsea

 Chelsea FC sekali lagi mengegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila hadir bagi jelajah Asia Tour 2011, perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Malaysia. Berlangsung pada 21 Julai 2011, pasukan Chelsea menurunkan kesebelasan utama pemainnya.

 Sesi latihan dan pemanasan badan di perkarangan stadium, para peminat Chelsea berpeluang melihat sendiri idola pemain kesukaan mereka dengan lebih dekat.

 Sebahagian penonton dan penyokong tempatan Chelsea membanjiri stadium bersama-sama penyokong Malaysia.

 Perlawanan dimulakan

 Masih dahagakan gol pada babak masa pertama

Inilah babak gol kontroversi samaada bola sudah melepasi garisan penjaga gol atau belum. Nampaknya Malaysia terpaksa akur kerana pengadil mengesahkan gol tersebut.

Akhirnya Malaysia tewas juga,tapi kalah tipis je. Tu pun gol nasib je Chelsea,kalau tak malu Chelsea seri ngan Malaysia.

Saya tak boleh nak kata apa. Keputusan muktamad Chelsea 1 - Malaysia 0. Cuba lagi Malaysia. Support for Malaysia..he..he...

Malaysia VS Liverpool


 Asia Tour 2011, diteruskan pula dengan pasukan kelab inggeris Liverpool FC selepas Arsenal menewaskan Malaysia 4-0 sebelum ini. Pada 16 Julai, 2011 pasukan Liverpool akan berlawan dengan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beberapa pemain utama Liverpool bermain pada hari tersebut. Ini adalah peluang terbaik peminat kelab Liverpool ini berjumpa sendiri dengan pasukan kegemaran mereka.



 
 Sebahagian penyokong kedua-dua pasukan yang duduk bersama menonton perlawanan persahabatan ini. Nampaknya kali ini ada tayangan live di astro supersport. Boleh tonton pada sape yang tak dapat datang bersama. Saya pun tengok kat astro je...





Setelah perlawanan berlangsung selama 90 minit, akhirnya keputusan penuh menyaksikan Malaysia tewas sekali lagi dengan Liverpool dengan jaringan 3- 6. Ok lah tu bagi saya kan.... Banyak gak tu Malaysia boleh menyumbatkan gol kan. Tetapi memang tak dapat menandingi saingan pasukan kelab gergasi ini... Malaysia terpaksa akur...

Selepas ini tinggal satu lagi pasukan kelab inggeris akan bertemu Malaysia iaitu Chelsea FC, dijangka 21hb Julai, 2011.

Malaysia VS Arsenal

Jelajah Asia Tour 2011 telah bermula dengan dihadiri kelab inggeris yang tidak asing lagi. Malaysia telah dikunjungi pasukan kelab Arsenal pada 13hb Julai, 2011. Peminat kelab Arsenal tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan yang julung-julung kalinya diadakan, walaupun ianya hanya perlawanan persahabatan. Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menjanjikan persembahan terbaik dari kedua-dua pasukan. Saya tetap sokong kedua-dua pasukan, malahan Arsenal juga adalah kelab favorite saya.

Nampak bersedia pasukan Malaysia bertemu Arsenal

 Sebahagian penyokong yang hadir sejak awal petang lagi..

 Saat-saat Malaysia tertewas dengan sepakan penalti pasukan Arsenal

 Penyokong Arsenal tempatan membanjiri stadium....

 Duduk bersama penyokong Malaysia dan Arsenal.

 Ratusan penonton di stadium....fenomena yang menakjubkan atas sambutannya.

 Akhirnya bagi keputusan perlawanan ini Malaysia tewas ditangan Arsenal 4-0. Cuba lagi Malaysia di masa akan datang.

Saya tak sempat nak pergi,ada urusan lain yang perlu diuruskan. Tengok di TV, Astro tiada live pulak...ish..ish..

Tuesday 19 July 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 - 9hb Julai, 2011



Pada 9hb Julai, 2011 tercatat dalam sejarah dalam pentadbiran negara apabila Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengadakan demontrasi jalanan disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berhampiran stadium Merdeka, Kuala Lumpur. BERSIH ini yang dikatakan dipengerusikan oleh Datuk S Ambiga.

Ekoran diadakan demontrasi jalanan ini menyebabkan berlakunya kesesakan teruk kerana pihak polis membuat sekatan kesemua pintu masuk menghala ke Kuala Lumpur. Natijahnya, ramai penduduk telah tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang lama dan menimbulkan pelbagai reaksi pada semua pengguna jalan raya. Semua rutin harian dan jadual perjalanan yang direncanakan pada hari berkenaan mungkin terbantut dan mereka lewat tiba dilokasi.

Berikut antara objektif perhimpunan BERSIH ini diadakan.....
a) Proses pengundian agar menggunakan dakwat kekal
b) Kebebasan dalam daftar memilih secara telus
c) Dimansuhkan serta merta undi secara pos
d) Kebebasan dalam industri media penyiaran












Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap perhimpunan BERSIH kali ini berjaya dan optimis akan berlakunya perubahan dalam sistem pilihanraya seperti berlaku di luar negara.

Perhimpunan ini dikatakan bermula jam 2 petang dan dikatakan penyokong perhimpunan BERSIH ini muncul dari pelbagai arah sekitara ibu negara tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekaligus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Seawal jam 10 pagi mereka mula berkumpul dibeberapa tempat antaranya Masjid India, Dataran Merdeka, Masjid Negara, KTM Komuter, Hentian Puduraya dan Pasar Seni.


 Dianggarkan sebanyak 25,000 penyokong BERSIH berhimpun

 Sempat mangadakan solat zuhor berjemaah dan solat hajat

 Sedia bergerak pada kumpulan yang lebih besar

 Mula berarak.....

Dihalang anggota FRU.... perarakan terhenti dan diminta bersurai...



Anda nak tahu, sebenarnya perhimpunan BERSIH ini mendapat sokongan dari seluruh negara. Anda tidak percaya? Lihat gambar-gambar ini.... Ada diadakan di London, Swithzerland, Korea, Japan,


















Wednesday 6 July 2011

Bersyukur atas seaga kurniaan-Nya

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

Saban masa dan ketika  kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.  
 
Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang  kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.

(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?)

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.


Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:


Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam.

DEMI MASA........

HARGAI LAH MASA ANDA....... JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI..

MANUSIA DALAM KERUGIAN

 
Demi Masa! 
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. 
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.
 
"
Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:  
                 1.mereka yang beriman 
                 2.beramal soleh 
                 3.menasihati atas kebenaran dan 
                 4.menasihati atas kesabaran
 
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.
  
1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini. 
Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.  
 
2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi  sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.  Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.  
Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam. 
Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya,  semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan. 
Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak  meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang  mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah  terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan.  Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.
Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:
 



Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
(Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan 
akan kita rasakan akibatnya nanti
Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama  meninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang. 
 
3. Golongan  ketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yang  membela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenaran  dalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya.  Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. Mengajar dan  menyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugas  dakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilah manusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan ini  tidak mempunyai nilai di sisi Allah.  
Apa  sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:

 Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali 
kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)

Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laa  ilaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya. 
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil. 
Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat. 
Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidak  berbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidak  bercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM.  Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyik  memperkatakan  atau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatan  aqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.   
Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perlu  berterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.
  
4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhir  yang beruntung dan tidak akan rugi.  Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Di  antara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis.  Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.