Sunday 4 December 2011

Kursus di Hotel D' Palma Inn Ampang.


Katil di bilik penginapan yang selesa, satu bilik 2 orang peserta kursus

Ruang bilik air yang selesa dan kemas

Ruang beristirehat yang cukup selesa

Kemudahan talian telefon antara bilik-bilik je.. atau nak apa-apa dari pihak hotel ni.

Pemandangan dari tingkat atas penginapan, amat menyenangkan mata memandang

Tempat swimming pool, tapi masa aritu tutup pulak untuk kerja2 pembersihan

Hotel ini juga boleh diadakan solat jumaat, tak payah nak keluar dari hotel ni...senang.

Peti ais mini juga disediakan

TV LCD walaupun kecil, boleh la.....

Air mineral percuma

Bergambar dan posing...

Ini lah katil saya.....
Masa untuk berehat setelah mendengar ceramah 

Gambar Kenangan.......


Inilah gambar saya masa kecil dulu, baby face.
 Satu-satunya gambar yang saya ada.....yang lain takde.

Gambar ini, saya scan dulu......baru upload.....
Ini lah video yang menghantui peminat Grand Prix, baru-baru ini yang berlangsung di Sepang Circuit 
baru-baru ini
berlakunya kemalangan yang menyebabkan penunggang motorsikal menemui ajalnya...

Saksikan..................................

Saturday 3 December 2011

Penyakit Darah Tinggi?

Sebelum ini saya menyentuh mengenai Obesiti kan, kali ini nak bercerita mengenai DARAH TINGGI!

Nak tahu, sebanyak 5 juta penduduk dinegara ini yang berumur 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap hipertasi atau masalah darah tinggi.

Menteri Kesihatan kita, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah tersebut adalah melibatkan kira-kira 30 peratus daripada populasi penduduk dewasa ini. Kebanyak mereka ini tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat ketika muda dahulu. Tiada pendedahan yang meluas mengenai diet seimbang dan gaya hidup aktif untuk kesihatan jangka panjang.

Keratan akhbar mengenai darah tinggi pernah disiarkan di Berita Harian

Satu lagi nak bagitahu, tekanan darah tinggi ini juga akan menyebabkan jantung menjadi beban lalu meyebabkan arteriosklerosis(pengerasan dinding arteri) dan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.

Hipertensi yang tidak dirawat membawa kepada penyakit kronik seperti paru-paru berair, buah pinggang dan juga otak yang boleh membawa maut.

So, pikir-pikirkan la ye.....

Obesiti @ Kegemukan melampau

Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti. Ini disahkan lagi oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang megatakan perkara ini amat serius dan perlu diambil perhatian.

Saya kekadang risau juga, terlalu banyak makan. Sepatutnya kena banyak bersenam, keluarkan peluh. Betul tak? Kegemukan seperti ini biasanya pengambilan gula secara berlebihan. Ini biasa berlaku pada semua orang. Macam saya ni, pagi sebelum memulakan kerja di opis, kena sarapan dulu kan. Nasi lemak memang tak boleh dipisahkan, teh tarik lagi.....Uuuu..bahaya ni kalau dibiasakan. Kalau 10 tahun akan datang dengan diet pemakanan seperti ini, boleh kencing manis ni kalau tak obesiti pun.

Dengar2 kan, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Antara keratan muka akhbar kosmo! mengenai kebimbangan obesiti di kalangan rakyat Malaysia

Kita berkongsi sedikit, apa itu obesiti ye......

OBESITI iaitu berlebihan berat badan atau kegemukan . Ia berpunca daripada pengambilan kalori lebih daripada diperlukan oleh badan.
TABIAT makan yang tidak sihat juga boleh dijadikan punca seperti pengambilan makanan yang berminyak, berkarbohidrat yang tinggi.
TIDAK melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam seperti yang saya katakan tadi. Keluarkan peluh. Bersenam tidak kira la nak berjongging atau bermain sukan.
ADA juga dikatakan faktor keturunan, genetik dan pengambilan ubat.

OLEH ITU apa yang akan dapat jika tidak dikawal adalah berisiko mendapat kencing manis@diabetes, penyakit jantung, darah tinggi,paras kolestrol tinggi, strok, masalah penafasan, komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarrthritis, masalah sukar tidur, kemurungan dan boleh bertambah gemuk apabila umur meningkat.

JADI banyak tu penyakit yang bersarang pada tubuh badan kita kan.... Fikir-fikirkan la ye....
OLEH ITU JUGA, ada juga langkah-langkah yang perlu dibuat kalau nak elak perkara ini,...

LEBIHKAN makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta biji-bijian dalam menu diet setiap hari.
KURANGKAN makanan yang bergoreng kalau boleh dan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.
LAKUKAN aktiviti fizikal seperti bersenam, janji yang boleh mengeluarkan peluh. Takde la asyik tidor dan terperap kat rumah sahaja.
KALAU semua tak boleh buat, dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan.

SEKIAN.......

Saturday 24 September 2011

Pelancaran Saga FLX


Proton sebagai pengeluar kereta nasional Malaysia telah melancarkan kereta terbarunya iaitu Proton Saga FLX yang mula menemui pengguna pada 25 Julai yang lalu. Proton Saga FLX ini menggunakan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L yang pastinya akan memberikan penjimatan dalam penggunaan bahan bakar (Minyak) serta memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pemandu kereta ini. Disamping itu, Saga FLX ini juga dapat memberikan putaran enjin yang cekap dan terbaik denagn Rotation Per Minute (rpm) yang cekap yang pernah dihasilkan oleh syarikat Proton. Purata harga bagi Saga FLX ini adalah diantara RM 38,598 hingga RM 44,998 dan sudah pasti kereta ini mampu dimiliki oleh rakyat malaysia kerana ia sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli.

Proton selaku pengeluar kereta nasional sudah pastinya akan memberikan keselesaan kepada pemandunya. Oleh itu, Proton Saga FLX telah dihadirkan dengan dua model iaitu  FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive. Proton Saga FLX ini juga mempunyai gear manual dan CVT bagi memberikan pilihan terbaik kepada pemandu untuk memilihnya. Proton Saga FLX ini tampil dengan 5 jenis warna iaitu  Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terkini dari proton iaitu Elegant Brown. Saga FLX ini mempunyai teknologi canggih iaitu Continuously Variable Transmission (CVT). CVT ini adalah merupakan satu teknologi putaran awal (Torque) pada gear yang akan memberikan kuasa terbaik kepada enjin dan penukuran gear yang lembut serta menjimatkan minyak kereta. Ia juga mesra alam kerana penggunaan minyak yang kurang serba sedikit membantu meningkatkan prestasi Proton Saga FLX.


Proton Saga FLX ini juga mempunyai pilihan 6 gear transmission yang dikawal oleh Stepped Automatic Transmission (SAT) yang akan membuatkan anda merasa penukaran 6 gear automatik secara lembut dan cekap. Dari segi pengayaan pula, Proton Saga FLX ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang sporty, elegan dan menarik serta cantik dilihat dari mata pengemar kereta. Ini terbukti apabila rekaan ini disukai ramai oleh penggemar kenderaan nasional yang positif dalam aspek pengayaan kenderaan. Selain itu, ia juga mempunyai cermin sisi yang terbaik kerana ia kelihatan penuh gaya dan menarik serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan iaitu dengan penambahan indicator LED bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya. Di bahagian dalaman kereta pula, Proton Saga FLX ini tersedia “dashboard” yang elegan yang pastinya akan membuatkan anda semua selesa dan tenang di dalam kereta ini. Ia dikemaskini dengan warna “Tempest Grey”.
Dari segi hiburan pula, Proton Saga FLX ini telah dilengkapi dengan MP3, USB dan AUX ports. Anda juga boleh mengawal kesemua peranti ini dengan menekan butang yang tersedia di steering anda kerana Proton Saga FLX ini menawarkan “Steering Audio Control” . Secara praktikalnya kereta ini mempunyai “Electric Power Window” yang akan memudahkan anda membuka dan menutup tingkap yang kini didatangkan berserta jaminan sepanjang hayat jika berlaku sebarang kerosakkan serta pintu kereta yang mampu dibuka dengan luas bagi keselesaan pengguna. Kereta ini mampu membuat pusingan dengan cekap iaitu mampu mencapai radius sepusingan sebanyak 5.3 meter dan ini memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan di  tempat letak kereta atau membuat pusingan u-turn.
Faktor keselamatan merupakan antara faktor terpenting ketika membeli kereta. Bagi Saga FLX, soal keselamatan amatlah di ambil berat oleh PROTON dengan menyediakan teknologi “Immobiliser” bertujuan untuk mengesan pemilik kereta yang sah dan mampu membantu untuk mengelak kecurian kenderaan. “Reverse Sensor” merupakan salah satu teknologi yang digunakan bagi mengelakkan pelanggaran kenderaan ketika memakir. Oleh itu, Proton menyediakan “Reverse Sensor” secara vertical dan horizontal yang mengambil kira setiap sudut bagi memastikan pelanggaran tidak berlaku. Ketika memandu Proton Saga FLX, anda pastinya akan merasa selesa, kecekapan kenderaan,stabil serta mempunyai respon yang terbaik ketika anda memandu di selekoh. Terima kasih kepada Proton Ride &Handling teknologi yang diinspirasikan oleh Lotus, ia meberikan pengalaman pemanduan dan keselesaan yang terbaik pada Saga FLX. Kereta ini juga mempunyai “ABS” (Anti-lock Braking System)iaitu teknologi yang membantu kereta ini stabil ketika membrek dan teknologi “EBD” (Electronic Brake Distribution) iaitu memberikan prestasi optimum pada brek bagi setiap tayar . Kereta ini juga dilindungi oleh struktur rangka yang kuat dan tahan lasak serta mempunyai 2 “Airbag” pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi mengurangkan impak kecederaan ketika berlakunya sesuatu kemalangan.

Klik untuk besarkan


Saya amat menyukai Proton Saga FLX ini kerana ia mempunyai satu ruangan keselesaan seperti tempat duduk kelas pertama dan mempunyai ruang bagasi ” Boot” yang luas dan semestinya membuatkan anda berasa selesa dan tenang ketika pemanduan. Selain itu, ia juga  mempunyai 5 ruang letak minuman bagi setiap penumpang dan ruang letak tambahan bagi memudahkan anda meletakkan barangan seperti telefon bimbit, ipod, smart tag  di bahagian duduk hadapan untuk memudahkan anda dan memberikan keselesaan ketika memandu.
Tempahan untuk model Saga FLX boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Saga FLX , video, galeri, spesifikasi, warna dan info lebih lanjut di http://www.epicsaga.com.my

Harga Proton Saga FLX 1.3L

Variant
Peninsular Malaysia
East Malaysia
Labuan
Langkawi
Standard MT
RM 38,598
RM 41,378
RM 38,298
RM 36,448
Standard CVT
RM 41,598
RM 44,378
RM 41,298
RM 39,448
Executive MT
RM 42,398
RM 45,198
RM 41,648
RM 40,098
Executive CVT
RM 44,998
RM 47,798
RM 44, 248
RM 42,698
Prices are based on Metallic colour

Kibarkan Jalur Gemilang, Malaysia.


Setiap warga Malaysia seharusnya mengibarkan bandera masing-masing setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dan kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.  

Sudah 54 sambutan Hari Kebangsaan disambut oleh Rakyat negara ini setiap 31 Ogos sebagai ulang tahun negara merdeka daripada jajahan British.
Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah, putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut,sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka lagi,

Warna-warna simbolik itu membawa maksud tersendiri. 14 jalur merah putih melintang menandakan keanggotaan sama yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan ialah lambang agama islam iaitu agama rasmi negara.

Bintang pecah 14 pula, ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan pula dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.

Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949, enam bulan selepas itu, Raja Britain, King George ke -VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baharu Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei, 1950.

Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang. Ia menjadi lambang kebanggaan negara pada tahun 1997 ketika negara berusia 40 tahun



Pada tahun 2011 ini,sambutan Kemerdekaan  sedikit berlainan.. bukan apa,sambutan kemerdekaan disambut pada 16 September sempena Hari Pembentukkan Malaysia. Sambutan Kemerdekaan tidak disambut pada kebiasaannya iaitu 31 Ogos 2011 kerana pada masa itu,bertindih dengan Hari Raya Aidilfitri.Kali ini disambut di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Harapan Malaysia untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 berkecai...

PERJUANGAN Malaysia untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 berkecai. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai, 2011.

Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan argregat 6-4.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (sabtu lepas) Singapura menang 5-3.



Beraksi dihadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia sebenarnya memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunalan dari kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.


Serangan Malaysia untuk menyerang bertubi-tubi ke arah pintu gol Sinapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan. Lebih malang,penyerang gantian Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.


Dengan kekalahan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974


Betapa ramai penyokong Malaysia hadir memberi sokongan...


Saya sampai tak dapat tempat duduk kerana kapasiti tempat duduk telah penuh, padahal ramai lagi penonton yang hadir kecewa tidak dapat melihat pasukan Malaysia beraksi depan mata mereka.. Dengan harga tiket RM30, hanya sekadar berdiri berasak-asak..


Sempat untuk mengambil gambar kenang-kenangan di Stadium selepas selesai perlawanan


Ambil gambar sendiri,takde sapa yang nak tolong ambikkan...he...he....


Post dengan baju HARIMAU MALAYA.... Ayuh Malaysia.....bangkit lagi.....cuba lagi tahun2 akan datang...

Thursday 11 August 2011

Projek Cat Rumah Kat Kampung,..

Projek untuk mengecat dan mencantikan rumah di kampung berjalan lancar. Mula dibuat pada bulan puasa, 5 Ramadhan 1432H, memulakan projek dengan mengecat lapisan asas berwarna putih pada hari  Jumaat. Pada hari sabtu keesokkannya,mula untuk mengecat warna yang menjadi pilihan iaitu biru muda. Paha hari Ahad pula, masa untuk kemasan terakhir dengan mengecat lapisan lantai dengan cat batu warna hijau. Cat tepi pintu dan tingkap sekali.

Antara gambar hasil projek berkenaan, lihat gambar perbandingan antara sebelum dan selepas.......



Bahagian Parking (Sebelum)

Bahagian Parking (Selepas)
Bahagian tepi (sebelum)

Bahagian tepi (Selepas)

Bahagian Depan (sebelum)

Bahagian Depan (selepas)

Bahagian halaman (sebelum)

Bahagian halaman (selepas)

Bahagian ruang halaman (sebelum)


Bahagian ruang halaman (selepas)

Bahagian tepi rumah (sebelum)

Bahagian tepi rumah (selepas)

Wah....dah cat hijau depan pintu masuk rumah

Nampak kemas dan selesa


 INI LAH WAJAH RUMAH KAT KAMPUNG SAYA YANG BARU.....
 SEMOGA RAYA TAHUN INI LEBIH CERIA...