Friday, 4 May 2012

Kes Seksyen 47 (AIDIL ZAFUAN & RITA RUDAINI)

 Nampaknya Opis kita tetiba menjadi popular dengan kehadiran pelakon ternama Rita Rudaini mengenai kes Seksyen 47 yang difailkan oleh suaminya. Kita boleh nampak dari jauh jer, sebab jaga kaunter pada hari itu. Memang Rita nampak ayu sahaja dengan tudung yang dipakainya.

Antara keratan akhbar yang keluar mengenai kes mereka :-

Utusan Malaysia 1/5/2012  

Rita Rudaini tak setuju cerai, mahu bincang

PETALING JAYA 30 April - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang mewakili Rita memberitahu mahkamah bahawa pihaknya berpendapat perbincangan perlu diadakan menerusi Jawatankuasa Pendamai bagi mengetahui alasan permohonan cerai itu dibuat oleh Aidil selaku plaintif. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mendengar kes itu seterusnya meminta penjelasan Aidil mengenai alasannya untuk menceraikan isterinya dan Aidil yang diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Nazib Johari mendakwa, tiada keserasian dan kesefahaman antara dia dan Rita. Aidil, 25, dan Rita, 36, masing-masing turut mengesahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak empat bulan lalu dan sepanjang tempoh itu tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung isu rumah tangga mereka.  

Kosmo 1/5/2012

PETALING JAYA - Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal. Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya. Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu. "Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu. "Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi," katanya.  

Sinar Harian 1/5/2012

PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Rita, yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya. “Ini kerana tiada sebarang perbincangan¬ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). “Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu,” katanya. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik. Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes. Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Aidil.






Sebutan kes tuntutan lafaz cerai yang difailkan oleh pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak terhadap pelakon, Rita Rudaini terpaksa ditangguhkan kerana Rita tidak bersetuju dengan alasan penceraian yang diberikan oleh pihak plantif.
Justeru, pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini menetapkan tarikh 16 Mei depan bagi pasangan tersebut menghadiri proses Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kes penceraian mereka.
"Rita redha dengan apa yang terjadi tapi tidak adil untuk Rita diceraikan tanpa sebab. Alasan dia kami tiada persefahaman dan tak serasi itu, Rita tidak boleh terima kerana sebelum dia keluar rumah, hubungan kami elok saja. Alasan dia tidak masuk akal kerana jika ada pergaduhan, Rita boleh terima, tapi ini tidak ada pergaduhan langsung.

"Tiba-tiba saja dia nak bercerai, jadi Rita terpinga-pinga kenapa perkara ini boleh berlaku. Rita rasa tak berbaloi untuk Rita setuju sebab Rita masih waras. Selagi tidak mendapat satu alasan yang kukuh untuk bercerai, Rita tidak akan setuju. Rita tak boleh hidup dalam keadaan tak tahu sebab. Rita nak tahu dulu apa alasan kukuh dia supaya Rita boleh terima," ujar Rita ketika ditemui sejurus selesai prosiding pagi tadi.
GUA cuba mendapatkan keterangan dari Aidil namun pemain pasukan ATM itu bergegas ke kereta dan hanya memberitahu menyerahkan segalanya kepada mahkamah. Aidil diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Nazib Johari manakala Rita diwakili oleh peguam syarie, Dato' Mohd Zaidi Bin Haji Mohd Zain. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 1

No comments:

Post a Comment