Friday, 4 May 2012

Kes Khalwat Razak Ahmad di MRS Petaling

Kes ini adalah kes peringkat bela diri selepas pihak Pendakwa Syarie berjaya wujudnya prima facie bagi kes tangkapan khalwat beliau. Kes ini mula saya masuk bekerja tahun 2009, masih peringkat hujah pegulungan sehingga keputusan prima facie yang telah dibuat bos saya dulu, Tn Haji Ghazali.
Sehingga sekarang, Al-hamdullilah, dah nak masuk 7 tahun kes ini akan dapat keputusannya samaada sabit kesalahan atau tidak. Saya tetapkan pada 14 Jun 2012 ini, untuk keputusan kes ini. Harap2, bos, Tn Wan Mahyuddin dapat membuat keputusan nya.....

Pelakon, Abdul Razak Ahmad, mendakwa penangkapannya pada malam dia dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan di sebuah pangsapuri, tujuh tahun lalu, adalah suatu perangkap dan berniat jahat.

Menurutnya, dia ke premis yang dijadikan tempat menyimpan pakaian tajaan Selamah Sahudin adalah semata-mata untuk mencuba dan mengambil baju tajaan.

“Selamah adalah isteri kepada saksi pertama. Perbuatan tidak bermoral antara saya dan Selamah diada-adakan.

“Jelas semasa tangkapan, perbuatan (tidak bermoral) itu tidak wujud antara saya dan isterinya,” katanya dalam hujahan akhir pembelaan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini, semalam.

Mahkamah memberi pilihan kepada Razak sama ada mahu membaca hujahan sendiri atau hadir bersama peguam pada tarikh lain dan Razak memilih untuk membacakan hujahan sendiri.
Razak, 45, yang sinonim dengan watak orang baik-baik itu, didakwa berkhalwat dengan Selamah di sebuah pangsapuri di Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selamah sudah pun mengaku bersalah atas tuduhan itu dan dihukum denda RM2,850.

Menurut Razak, dia ke premis Selamah pada pagi itu kerana dia mempunyai penggambaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program 60 Jam Siaran Tanpa Henti RTM.
Sebelum itu, kedatangan Razak ke mahkamah tanpa peguam ditegur Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, yang menyatakan sepatutnya peguam mendahulukan kes Razak kerana sudah berlarutan terlalu lama.
Wan Mahyuddin menetapkan 1 Mac depan untuk pihak pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli, membalas hujahan dan meminta semua pihak memberi kerjasama untuk mempercepatkan kes berkenaan kerana kes itu sudah lama, iaitu sejak 2006.
(SUMBER ; SIHAR HARIAN)



PETALING JAYA 19 April - Nasib pelakon Razak Ahmad yang didakwa berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu bakal diketahui pada 14 Jun ini.Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam syarie dan pendakwa syarie hari ini.Terdahulu, peguam syarie, Hazirah Othman memaklumkan, dia berhujah bagi pihak peguam syarie yang mewakili Razak, Mohammad Azman Karim pada prosiding hujahan balas hari ini berikutan Mohammad Azman tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat.Pendakwaan pula dikendalikan oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli.Ketika didakwa pada 14 September 2006, Razak, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berada bersama Selamah Sahudin, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.Selepas perbicaraan dijalankan, Razak diperintahkan membela diri pada 30 Jun tahun lalu.

No comments:

Post a Comment