INSTITUT LATIHAN DAN DAKWAH SELANGOR adalah satu pusat latihan bagi
aktiviti latihan dan dakwah dengan mengadakan pelbagai program keagamaan dan kerohanian.
Teringat masa waktu dulu,masa mula pusat ILDAS ni dibuka. Pelbagai pihak ada yang bersetuju ada yang menolak pembinaan tersebut. Penduduk sebenarnya bukan tak setuju akan pembinaan ILDAS ni tetapi kesan dari lori keluar masuk kampung Parit Baharu ni sedikit sebanyak membimbangkan penduduk disini. Saya yang duduk dijalan besar ni pun kekadang mengeluh juga,keselamatan penduduk kan... Banyak jalan rosak,lori keluar masuk bawak benda berat. Atas perbincangan bersama penduduk akhirnya kata sepakat dicapai,boleh diteruskan projek tetapi jalan raya utama hendaklah diselenggara pihak pemaju tersebut.
Saya kan penduduk disitu, anak jati Parit Bharu.....so, saya boleh nampak perjalanan projek ILDAS tu dari dibina hinggalah siap.
Bila dah siap sepenuhnya,macam tak percaya je..."belakang rumah" saya ni rupanya ada satu bangunan pusat latihan dakwah. Bagi orang luar mesti tak percaya dari kawasan kampung mulanya....masuk Tebuk Masjid Parit Bharu menuju Sg. Lang terdapat bangunan besar yang tersergam indah.
Upacara perasmian juga telah diadakan dan hari terbuka ILDAS sekali, rata2 yang melihat nya memang berpuashati akan kemudahan dan infrastruktur yang canggih.
Pada mulanya ILDAS ini beroperasi, telah mula mengadakan pelbagai aktiviti seperti Kursus Motivasi, Bengkel, Seminar, Ceramah dan lain-lain lagi. Disebabkan ILDAS ni besar kawasannya dengan dilengkapi dewan audotirium utama, asrama putera dan puteri serta kantin dan surau yang besar dapat menampung jumlah peserta yang ramai dalam satu2 masa.....
Teringat masa sekolah menengah agama dulu, saya selalu dipanggil untuk berkursus di ILDAS..kerap juga la. Saya la jadi generasi utamanya yang menduduki kursus di ILDAS, bilik asrama baru lagi dengan katil,almari,meja,kipas siling...semua baru. Memang best...tapi sekarang dengar2 asrama dah banyak kerosakan dan lebih malang kesan conteng2. Mungkin peserta luar kot.....
Sejak berhenti sekolah disitu,dah lama tak gi ILDAS,apa lah perubahan yang ILDAS bawakan. Tengok dari jauh la.. Nampaknya semakin cantik dengan taman2 mini dibina.
Semoga ILDAS berdiri teguh mendidik bangsa seagama........Aminn.....
Serba sedikit latar belakang ILDAS, sejarah,visi,misi,motto, objeltif dll. Ada peta lagi...
Apa lagi....selamat datang ILDAS Sg. Lang dan selamat melawat Kampung Parit Bharu
No comments:
Post a Comment