Thursday, 17 May 2012

Tangga batu yang baru sudah siap!!!

Ini lah tangga yang telah siap dibina, akhirnya siap juga....

Ada beberapa perkara yang perlu dipenambahbaikan lagi...

Pandangan dari tepi

Tangga untuk menuruni ke anjung bawah

Anjung bahagian atas....

Boleh beristirehat kat sini, memang sesuai


Siapnya bangunan baru yang tersergam indah bersebelahan AMCORP MALL

Ini lah bangunan yang telah siap dibangunkan bersebelahan Pusat beli belah Amcorp Mall

Reka bentuk bangunan ini memang menakjubkan.....agaknya bangunan apa la ia kan...

Pemandangan dari jarak jauh Amcorp Mall ini, gambar ini diambil dari stesyen LRT Taman Jaya

ha.... nampaknya tren dari Ampang telah sampai...... masih menunggu tren menghala ke KLCC

Sambutan Hari Jadi, 3 bersaudara

Ini lah kek yang dibeli kat Tesco Setia Alam, sempena sambutan Hari Jadi Bulan Mac, 2012

Kek ini tertera nama, Abg Zari, Kak Matun dan Alif

Bersiap2 untuk menghidupkan lilin 

Nampaknya Yashirah tak sabar nak meniup lilin...

Sikit lagi penuh la lilin tu kat kek...

Sebelum ditiup lilin tu, baik ambik gambar dulu..

Alif dan Afiq juga yang meniup lilin tu..

Maka mulalah, memotong kek tu..

Kak Matun pun mula untuk memotong kek untuk diberikan pada yang lain..

Sunday, 6 May 2012

Majlis Pertunangan Ain -Sepupu pada 6 Mei, 2012

Ini adalah majlis pertunangan Ain, barangan hantaran ini disediakan oleh pihak perempuan

Sebahagian tetamu yang hadir bagi majlis tersebut

Sesi perbincangan pun bermula

Bakal pengantin ni....

Bersama ibu nya...

Bunga Rampai cantik dihias rupa...

Gula-gula dan coklat penambat hati..

Buah-buahan yang cantik disusun..

Sitrih junjung memang cukup cantik di olah....

Barangan mandian dan wanginan wat si jejaka..

Antara tetamu yang hadir

Bersama adik kandungnya...

Antara barangan hantaran pihak perempuan

Hiasan manisan dari pihak lelaki

Hiasan buah-buahan dari pihak lelaki

Set kelengkapan diri dari pihak lelaki

Friday, 4 May 2012

Kes Seksyen 47 (AIDIL ZAFUAN & RITA RUDAINI)

 Nampaknya Opis kita tetiba menjadi popular dengan kehadiran pelakon ternama Rita Rudaini mengenai kes Seksyen 47 yang difailkan oleh suaminya. Kita boleh nampak dari jauh jer, sebab jaga kaunter pada hari itu. Memang Rita nampak ayu sahaja dengan tudung yang dipakainya.

Antara keratan akhbar yang keluar mengenai kes mereka :-

Utusan Malaysia 1/5/2012  

Rita Rudaini tak setuju cerai, mahu bincang

PETALING JAYA 30 April - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang mewakili Rita memberitahu mahkamah bahawa pihaknya berpendapat perbincangan perlu diadakan menerusi Jawatankuasa Pendamai bagi mengetahui alasan permohonan cerai itu dibuat oleh Aidil selaku plaintif. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mendengar kes itu seterusnya meminta penjelasan Aidil mengenai alasannya untuk menceraikan isterinya dan Aidil yang diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Nazib Johari mendakwa, tiada keserasian dan kesefahaman antara dia dan Rita. Aidil, 25, dan Rita, 36, masing-masing turut mengesahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak empat bulan lalu dan sepanjang tempoh itu tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung isu rumah tangga mereka.  

Kosmo 1/5/2012

PETALING JAYA - Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal. Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya. Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu. "Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu. "Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi," katanya.  

Sinar Harian 1/5/2012

PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Rita, yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya. “Ini kerana tiada sebarang perbincangan¬ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). “Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu,” katanya. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik. Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes. Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2. Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Aidil.






Sebutan kes tuntutan lafaz cerai yang difailkan oleh pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak terhadap pelakon, Rita Rudaini terpaksa ditangguhkan kerana Rita tidak bersetuju dengan alasan penceraian yang diberikan oleh pihak plantif.
Justeru, pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini menetapkan tarikh 16 Mei depan bagi pasangan tersebut menghadiri proses Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kes penceraian mereka.
"Rita redha dengan apa yang terjadi tapi tidak adil untuk Rita diceraikan tanpa sebab. Alasan dia kami tiada persefahaman dan tak serasi itu, Rita tidak boleh terima kerana sebelum dia keluar rumah, hubungan kami elok saja. Alasan dia tidak masuk akal kerana jika ada pergaduhan, Rita boleh terima, tapi ini tidak ada pergaduhan langsung.

"Tiba-tiba saja dia nak bercerai, jadi Rita terpinga-pinga kenapa perkara ini boleh berlaku. Rita rasa tak berbaloi untuk Rita setuju sebab Rita masih waras. Selagi tidak mendapat satu alasan yang kukuh untuk bercerai, Rita tidak akan setuju. Rita tak boleh hidup dalam keadaan tak tahu sebab. Rita nak tahu dulu apa alasan kukuh dia supaya Rita boleh terima," ujar Rita ketika ditemui sejurus selesai prosiding pagi tadi.
GUA cuba mendapatkan keterangan dari Aidil namun pemain pasukan ATM itu bergegas ke kereta dan hanya memberitahu menyerahkan segalanya kepada mahkamah. Aidil diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Nazib Johari manakala Rita diwakili oleh peguam syarie, Dato' Mohd Zaidi Bin Haji Mohd Zain. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 1

Kes Khalwat Razak Ahmad di MRS Petaling

Kes ini adalah kes peringkat bela diri selepas pihak Pendakwa Syarie berjaya wujudnya prima facie bagi kes tangkapan khalwat beliau. Kes ini mula saya masuk bekerja tahun 2009, masih peringkat hujah pegulungan sehingga keputusan prima facie yang telah dibuat bos saya dulu, Tn Haji Ghazali.
Sehingga sekarang, Al-hamdullilah, dah nak masuk 7 tahun kes ini akan dapat keputusannya samaada sabit kesalahan atau tidak. Saya tetapkan pada 14 Jun 2012 ini, untuk keputusan kes ini. Harap2, bos, Tn Wan Mahyuddin dapat membuat keputusan nya.....

Pelakon, Abdul Razak Ahmad, mendakwa penangkapannya pada malam dia dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan di sebuah pangsapuri, tujuh tahun lalu, adalah suatu perangkap dan berniat jahat.

Menurutnya, dia ke premis yang dijadikan tempat menyimpan pakaian tajaan Selamah Sahudin adalah semata-mata untuk mencuba dan mengambil baju tajaan.

“Selamah adalah isteri kepada saksi pertama. Perbuatan tidak bermoral antara saya dan Selamah diada-adakan.

“Jelas semasa tangkapan, perbuatan (tidak bermoral) itu tidak wujud antara saya dan isterinya,” katanya dalam hujahan akhir pembelaan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini, semalam.

Mahkamah memberi pilihan kepada Razak sama ada mahu membaca hujahan sendiri atau hadir bersama peguam pada tarikh lain dan Razak memilih untuk membacakan hujahan sendiri.
Razak, 45, yang sinonim dengan watak orang baik-baik itu, didakwa berkhalwat dengan Selamah di sebuah pangsapuri di Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selamah sudah pun mengaku bersalah atas tuduhan itu dan dihukum denda RM2,850.

Menurut Razak, dia ke premis Selamah pada pagi itu kerana dia mempunyai penggambaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program 60 Jam Siaran Tanpa Henti RTM.
Sebelum itu, kedatangan Razak ke mahkamah tanpa peguam ditegur Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, yang menyatakan sepatutnya peguam mendahulukan kes Razak kerana sudah berlarutan terlalu lama.
Wan Mahyuddin menetapkan 1 Mac depan untuk pihak pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli, membalas hujahan dan meminta semua pihak memberi kerjasama untuk mempercepatkan kes berkenaan kerana kes itu sudah lama, iaitu sejak 2006.
(SUMBER ; SIHAR HARIAN)



PETALING JAYA 19 April - Nasib pelakon Razak Ahmad yang didakwa berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu bakal diketahui pada 14 Jun ini.Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam syarie dan pendakwa syarie hari ini.Terdahulu, peguam syarie, Hazirah Othman memaklumkan, dia berhujah bagi pihak peguam syarie yang mewakili Razak, Mohammad Azman Karim pada prosiding hujahan balas hari ini berikutan Mohammad Azman tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat.Pendakwaan pula dikendalikan oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli.Ketika didakwa pada 14 September 2006, Razak, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berada bersama Selamah Sahudin, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.Selepas perbicaraan dijalankan, Razak diperintahkan membela diri pada 30 Jun tahun lalu.

MAXOil.......terbaek..

Salam kepada kawanku....

Sape2 yg berminat nak tambah side income boleh buat part time Maxoil dgn saya.. Best bisnes Maxoil ni.. KOMISYEN SAMPAI MATI , kita boleh dapat.. (komisyen rm1500 - rm2000 sebulan*)

Kenapa Bisnes Maxoil ni Best?? 

1. Produk semacam minyak hitam ni, org ade duit ke tadak duit ke..ekonomi naik ke turun ke.. sampai masa dia tetap akan tukar punya.. Paling kurang pun 3 bulan sekali kita tukar.. Tapi ikut analisis aku, purata 2 bulan sekali org tukar minyak hitam.. Yg best nye setiap kali customer tukar minyak hitam, setiap kali tulah org yg rekemen kan ke dia tu dapat komisyen.. Komisyen 15% pulak tu.. Banyak tu..

2. Biasanya lepas diaorg ni guna Maxoil, samada 1st time, kali ke2 atau pun kali ke 3, majoriti akan kata Maxoil ni power.. Diaorg dapat rasa perubahan pada enjin diaorng.. Smooth, enjin senyap, tekan minyak pun relax je, enjin lancar/ringan je.. Dan ini akan menambah lg kredit pada Maxoil dan menyebabkan diaorg ni lg nak guna & tlg rekemen kt kawan2 dia skali.. So, komisyen 15% utk belian seterusnya lg terjamin..

3. Maxoil ni dh 17 tahun kat pasaran Malaysia ni.. Pemilik dia pulak orang melayu kita.. Haji Hamid Ba'dizaman.. So, selain dari kualiti Maxoil tu sendiri, apa salahnya kita sokong syarikat org kita.. Minyak hitam kita tetap tukar jugak.. Ni asyik g tukar kat ca ya nun alif je..Bila nak maju maa.. Brand lain pun minyak hitam jugak, Maxoil pun minyak hitam jugak.. So baik guna Maxoil

4. Pengguna Maxoil dapat byk kelebihan spt, harga diskaun, rebet setiap kali belian, rm1 = 1poin (boleh tukar dgn Maxoil free lg), siap ada majlis makan2 lagi setiap bulan, blh join xtvt2 spt konvoi, family day, program2 amal dll.. Ini menyebabkan pelanggan/pengguna Maxoil rasa lebih dekat dan suka dengan Maxoil... seterusnya diaorang akan setia dengan Maxoil..

Amacam puas hati x?

Kalu korang nk ape2 info lg blh sms @ kol aku.. 017-6934445 (talip basri)