Setiap warga Malaysia seharusnya mengibarkan bandera masing-masing setiap kali sambutan Hari Kebangsaan dan kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.
Sudah 54 sambutan Hari Kebangsaan disambut oleh Rakyat negara ini setiap 31 Ogos sebagai ulang tahun negara merdeka daripada jajahan British.
Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah, putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut,sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka lagi,
Warna-warna simbolik itu membawa maksud tersendiri. 14 jalur merah putih melintang menandakan keanggotaan sama yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan ialah lambang agama islam iaitu agama rasmi negara.
Bintang pecah 14 pula, ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan pula dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.
Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949, enam bulan selepas itu, Raja Britain, King George ke -VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baharu Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei, 1950.
Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang. Ia menjadi lambang kebanggaan negara pada tahun 1997 ketika negara berusia 40 tahun
Pada tahun 2011 ini,sambutan Kemerdekaan sedikit berlainan.. bukan apa,sambutan kemerdekaan disambut pada 16 September sempena Hari Pembentukkan Malaysia. Sambutan Kemerdekaan tidak disambut pada kebiasaannya iaitu 31 Ogos 2011 kerana pada masa itu,bertindih dengan Hari Raya Aidilfitri.Kali ini disambut di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment