Tuesday, 5 July 2011

Majlis Akad Nikah..... saya akan laluinya.

HUKUM NIKAH


1.
Harus
·         hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·  mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·     seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
· mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·   seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini

PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA


Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;

“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.
                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI


Maksud hadith Rasulullah s.a.w;

“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
                                                                      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
                                                                    (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM BERUMAHTANGGA

1.       “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2.       “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3.    Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4.    Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahlanya.

5.    Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6.    Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7.       Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8.    2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat 3 kebaikan;

a)    dilepaskan dukacita
b)   ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c)    mendapat rezeki yang tidak diduga

9.    Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a)    Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
b)   Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c)    Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d)   Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
e)    Selepas memberi salam bacalah;
f)    Berdoa;





10.  Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11.  Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);
a)    Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Berselawat atas Nabi
d)   Tazkirah ringkas
e)    Jamuan sekadarnya

12.  Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a)    Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b)   Solat Isya’ berjemaah
c)    Selawat dan Marhaban
d)   Syarahan agama berkaitan rumahtangga
     Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.






LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI;

1.     Nikah kahwin adalah menunaikan perintah Allah seperti di dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud; “maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka daripada perempuan-perempuan, dua atau tiga atau empat, kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah seorang sahaja”.
2.    Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).
3.    Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.
4.    Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta’.
5.    Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID

1.     Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2.    Niat I’tikaf.
3.    Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4.    Bapa minta izin daripada anak.
5.    Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6.    Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7.    Pemilihan saksi.
8.    Membaca khutbah nikah.
9.    Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11.  Membaca lafaz ta’lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment